Lagu Pilihan :)

Friday, 1 July 2011

Hari Ke-4 Sukan Tahunan 2011

Hari ni satu hari aku tumpukan dekat rumah sukan aku .. Biasalah selaku ketua rumah aku kenalah libat dengan semua aktiviti kan .. Hari ni berlangsungnya acara 200 meter .. Anak-anak buah aku menunjukkan prestasi yang amat membanggakan .. Apabila kategori lelaki 2 dan juga perempuan 2 menggondol 2 pingat emas .. Perempuan 1 juga mengutip 1 mata untuk Rumah Dato' Bahaman apabila meraih pingat gangsa dalam acara tersebut .. Malangnya bagi acara lelaki 1 .. Hanya menduduki tempat kekempat sahaja .. Dengan acara hari ni .. Kutipan markah pun bertambah .. Kami masih lagi di hadapan sambil diikuti rapat oleh Rumah Mat Kilau dan juga Rumah Dato' Maharajalela .. Esok pulak hanya tinggal 3 acara saja lagi iaitu bagi acara 1500 .. 4x100 dan juga 100 meter .. Aku harap semua ahli-ahli Rumah Dato' Bahaman dapat mengekalkan keyakinan mereka untuk menjadi juara selepas 5 tahun berputih mata .. CHAYOK CHAYOK !!!!

No comments:

Post a Comment