Lagu Pilihan :)

Thursday, 30 June 2011

To You Sweeyheart :D

Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu
Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku



Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu
Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

My Second Medal :D

Yes .. Aku dapat pingat emas pagi tadi dalam acara 400meter lelaki 1 .. Memang x diduga(bangga^^) .. Sebenarnya aku hanya lah pemain gentian saja .. Aku menggantikan Nabil yang agak gemuruh sikit .. Muka dia memang x boleh tahan .. Kalau korang tengok mesti gelak punya .. Aku bermula di sebelah Syawal dimana dia menjadi musuh tradisi aku sejak tingkatan 1 lagi .. Selepas wisel ditiupkan .. Member aku .. Anuar .. Memecut dulu meninggalkan peserta yang lain diikuti dengan aku .. Sebab aku dah lama x lari kan .. Aku tambahkan speed aku untuk mendudki tempat yang pertama .. Aku kekalkan kelajuan aku hingga ke garisan penamat .. Yang paling membanggakan aku .. Aku dapat memperbaiki masa aku yang dulu iaitu 59.37 saat dan jauh meninggalkan peserta yang menduduki tempat kedua iaitu 1.03.07 saat .. Anak-anak buah aku yang lain pun hari ni agak membanggakan .. Masing-masing dapat mengutip pingat dan mata untuk rumah Dato' Bahaman .. Syabas dan tahniah buat mereka :D

Wednesday, 29 June 2011

Malaysia :D


Malaysia memang terbaik .. Kemenangan ke atas Chinese Taipei membuktikan skuad kebangsaan mampu bersaing dengan jaguh-jaguh Asia yang lain .. Namun Malaysia tidak boleh cepat berpuas hati dengan kemenangan 2-1 ke atas pihak lawan .. Sebab lepas ni Malaysia akan bertandang ke Taiwan untuk perlawanan timbal balik .. Harap skuad kebangsaan akan mengekalkan keyakinan mereka untuk layak ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 .. :D

Hujan Dan Sekolah :D

hari ni satu hari hujan dekat Sepang Putra .. Orang lain datang sekolah sebelum pukul 7.15 pagi .. Aku sampai pukul 7.40pagi .. Gangster x aku .. Haha^^ .. Hari ni acara 200 , 400 dan 800 meter ditangguhkan .. Mungkin esok kot baru start .. Mungkinlah .. Satu hari x belajar dekat sekolah .. Agaknya cikgu-cikgu busy .. Sampai ke balik semua pelajar x sentuh langsung buku .. Ada yang sibuk dengan persiapan rumah sukan .. Ada yang dekat bilik ICT main game .. Yang lain mestilah merayau .. Sekolah ni kalau x merayau memang x sah .. Haha^^ .. Tentang rumah sukan aku pulak .. Masih lagi memikirkan tema untuk tahun ni .. Hmmm .. Aku pun memikirkan jugak ..  Apa ye ???

Tuesday, 28 June 2011

Aman Dan Damai :D

Alhamdulillah .. Syukur kepada tuhan .. Akhirnya Ustaz berjaya halau lembaga hitam dari rumah aku .. Aku x ada masa tu .. Bapak aku yang cerita .. Bapak aku cakap Ustaz tu baca semua surah Yassin .. Azan dan sebagainya .. Last sekali .. Ustaz tu letak campuran garam dan juga garam kasar ke dalam satu bekas kecik dan juga tabur di hadapan pagar rumah aku .. Bekas yang kecik tu .. Diletakkan di setiap bahagian rumah aku .. Tapi yang paling banyak dekat bilik aku lah .. Ada 3 bekas .. Terima kasih banyak-banyak .. Jasamu akan dikenang sampai bila-bila ..

Jualan Laris :D

Dengan adanya tayangan cerita Karak dan juga perlawanan Counter Strike kumpulan kedua membuatkan jualan pada hari ni sungguh laris .. 120 penonton datang untuk menonton cerita Karak manakala 7 pasukan merebut tembat untuk ke final .. Jualan pada hari dikira-kira mencecah RM200 ringgit hasil gabungan jualan tiket wayang dan juga yuran pendaftaran permainan .. Alhamdulillah .. Bagi peminat-peminat Counter Strike .. Perlawanan bakal dilangsungkan di Minggu ICT dan Teknologi :D .. Harap maklum

My First Medal :D

Yes .. Akhirnya aku merangkul satu pingat perak untuk acara lompat jauh .. Memang x disangka .. Aku bersaing dengan star-star rumah sukan lain seperti Fadhil .. Muas .. Fathurrahman dan Dini .. Sepanjang perlawanan memang sengit kedudukan berubah-ubah .. Aku bermula di tempat keempat untuk membuat lompatan .. First aku lompat batal pulak .. Second aku buat lompatan sejauh 4.84 meter .. Dengan lompatan sejauh itu meletakkan aku di tempat pertama .. Untuk lompatan yang terakhir .. Wakil dari rumah Dato' Mat Kilau .. Dini .. Membuat lompatan sejauh 5.27 meter dan nyaris memecahkan rekod abangnya sendiri .. Aku berakhir di tempat kedua dengan lompatan sejauh 4.96meter .. Alhamdulillah .. Sekurang-kurangnya aku menyumbang mata untuk rumah hijau .. Tahniah juga kepada anak-anak buahku yang lain kerana tidak berputus asa dalam merebut pingat .. :D

Monday, 27 June 2011

Miss Her Smile :(

I miss her smile very much .. Hari ni satu hari aku x dapat lihat senyumannya yang cute tu .. Setiap detik aku menanti dan menanti .. Segala-segalanya berubah seketika .. Ada saja benda yang x kena .. Nak gelak pun x ada mood .. Dia kata kami semakin berjauhan .. Tapi aku tetap x akan cakap x .. Sebab apa ..  Diyanah Azmi .. I miss your smile so so much .. :'(

Perlawanan Seimbang ..

Hari ni berlangsungnya perlawanan yang aku tulis bebrapa hari yang lepas iaitu Counter Strike .. Perlawanan antara warga-warga SMK Pantai Sepang Putra sememangnya sengit .. Kecohnya hanya tuhan yang tahu .. Yang menang bersorak .. Yang kalah kecewa .. Mahu x kecewa bila 5 game kena bayar RM 2.50 seorang .. Haha^^ .. Kira ok apa.. Menang kalah dapat hadiah lah .. Yang kalah dapat sijil dan yang menang .. InsyaAllah mesti dapat hamper dan juga baucer sumbangan Cikgu Farid Sdn. Bhd .. >-<

Bahaman Boleh :D

Esok tibalah acara kemuncak bagi acara Lompat jauh .. Lompat tinggi .. Lempar Cakera dan lontar peluru .. Kedudukan sekarang ni .. Rumah Dato' Bahaman leading dengan kutipan markah sebanyak 230 berbanding dengan rumah-rumah sukan yang lain masih lagi di bawah 200 .. Ini pun x campur dengan markah kehadiran pelajar lagi .. Jadi harapan aku agar ke semua anak-anak buah aku dapat lakukan yang terbaik dan menggondol 16 pingat emas .. InsyaAllah .. :D

Sunday, 26 June 2011

Cinta Antara Kita :D

Sejak dari dulu ku mencintaimu
Kau tahu begitu namun kau berpura
Ku masih teringat kau peluk diriku
Yang telah membuatku mencintaimu

Sudah berapa lama
Diriku ini tak bertemu mu
Mungkin ku harap jua kau merinduku
Sebagaimana ku rindumu
Cinta antara kita tiada penghalangnya
Walau akhir usia ku menyinta dirimu
Ku hanya menunggumu bila tak kau cintaku
Ku kan berjanji menyintamu sayang

Sudah berapa lama
Diriku ini tak bertemu mu
Mungkin ku harap jua kau merinduku
Sebagaimana ku rindumu

Cinta antara kita tiada penghalangnya
Walau akhir usia ku menyinta dirimu
Ku hanya menunggumu bila tak kau cintaku
Ku kan berjanji mencintaimu sayang

Ku kan berjanji mencintaimu sayang

Penat Seyh :P

Hari ni .. Satu rumah aku kemas .. Aku lap kipas .. Bersihkan sawang-sawang .. Haha^^ penat jugak lah rasa .. Kalau kakak aku ada senang sikit kerja .. Kali ni semua kerja diuruskan oleh aku dengan bapak aku .. Macam Mr.Mama lah kitaorang .. Lepas ni aku ingat nak basuh motor dengan mandikan Oreo .. Hee .. Diyanah Azmi .. Jangan marah tau !!! :D

Saturday, 25 June 2011

Rupa-rupanya :(

Astargfirllahalazim .. Terkejut bila aku mendengarnya .. Petang tadi aku dengan keluarga aku pergi jumpa seorang ustaz .. Nak tanya kalau-kalau ada 'benda panas' dekat kawasan rumah aku .. Ustaz tu pun check .. Memang ada .. Dekat depan bilik jahit mak aku .. Rambutnya panjang .. Mak aku tanya balik .. Buatan orang ke .. Ustaz tu cakap x .. Ni asal dari keturunan ataupun saka .. Ni saka dari zaman nenek moyang aku lagi .. Dia turun temurun .. Benda ni akan buat bisnes mak aku bankrap dan keadaan dalam rumah akan menjadi tegang .. Benda ni pun akan buat rumah tangga mak aku cerai berai .. Memang meremang bulu roma aku
 .. Isnin ni ustaz tu datang rumah aku .. Harap dia boleh selesai kan masalah ni secepat mungkin .. :D

Selsema :(

Adoi .. Hidung aku ni x baik-baik lagi .. Masih lagi selsema .. Hidung berair lagi .. Tapi alhamdulillah lah .. Dah ok sikit .. Dari semalam asyik bau asap je .. Tapi ada penyakit baru pulak hari ni .. Kepala aku pening .. Adoi .. Ni mesti sebab aku selalu bersin dan otak aku mengalami gegaran(memandai je aku ni ) .. Haha^^ .. Nak makan ubat .. Nak makan ubat ..

Oreo In My Room :D

Hari ni aku tolong Diyanah jaga Oreo .. Oreo bukan biskut tu tapi kucing kesayangan Diyanah .. Oreo dekat rumah aku sekarang ni .. Memang berbeza sekarang .. Bertambah lasak .. Adoi .. Semua tempat dia teroka .. Bawah katil .. Dapur .. Nasib baik tadi x hilang .. Aku ingat dia dah keluar rumah dah tadi .. Check-check tengok ada kat bawah katil bilik aku .. Nasib baik lah aku sabar .. Haha^^ .. Esok baru Diyanah balik sini .. Aku jaga elok-elok Oreo ni untuk dia :D

Friday, 24 June 2011

Counter Strike :)

Cikgu Farid nak buat game Counter Strike untuk pelajar-pelajar di sekolah aku .. Kali pertama sejak 2004 sekolah ni dibuka .. Borang penyertaan akan keluar Isnin ni .. Aku harap ramai lah yang akan join sebab ni kali pertama dalam sekolah tau .. Tapi sayangnya aku x boleh main .. Aku kena jadi pemerhati .. Adoi .. Kalau x .. Aku .. Hafiz dengan anak Zaibol pasti akan memberikan saingan yang begitu sengit sekali .. Haha(berlagak betul) .. Ok CHOW !!!

Yes .. At last :D

Akhirnya .. Setelah diberi masa selama 1 bulan .. Akhirnya aku dapat jugak siapkan kerja kursus akaun ni .. :D .. Gembira x terkata aku dibuat nya .. Terima kasih kepada kawan karib aku .. Noor Hafizuddin .. Yang selama ni x berhenti tolong aku siapkan kerja ni .. X lupa juga kepada cikgu Norilah yang selama ni sabar dengan kerenah aku .. :D Salam ..

Ku Pohon Kemaafan

Saya hulurkan sepuluh jari kemaafan kepada Namelya dan sekeluarga atas kesilapan saya .. Sememangnya saya x patut menulis sesuatu yang boleh memalukan dan menfitnah dia .. Saya tahu kesilapan saya ni satu kesilapan yang besar .. Harap perbuatan saya ini dapat dimaafkan .. Terima kasih ..

Malaysia Boleh :D

Malaysia Boleh !!! Selepas 93 minit di padang Stadium Bukit Jalil .. Malaysia akhirnya dapat mengulangi zaman kegemilangan skuad olimpik pada tahun 1980 untuk ke pusingan seterusnya .. Kemenangan 2-1 cukup bermakna sekali .. Pada pusingan seterusnya .. Skuad negara bakal bertemu dengan pasukan-pasukan pilihan seperti Uzbekistan .. Arab Saudi .. Jepun .. Tapi kalau Malaysia kekalkan konsisten mereka .. InsyaAllah sejarah akan tercipta pada tahun ni .. :)

Thursday, 23 June 2011

KFC And Diyanah Azmi :D

Yey .. Hari ni Diyanah Azmi ajak aku pergi makan dekat KFC .. Siapa yang x nak kalau diajak makan dekat situ .. Lagi-lagi bila nak sambut anniversary kan .. Masing-masing order snack plate .. Walaupun kami dua orang je .. Tapi meriah .. Sebab cina mana entah sambut birthday party kat situ jugak .. Adoi .. Aku rasa ni adalah salah satu kenangan yang x dapat dilupakan .. Aku harap kenangan ni x akan lupus di kotak permikiran ku .. 23 <3 F&A ^^,

Im The Teacher :D

Pagi tadi aku ingat nak main Counter Strike dekat makmal komputer .. Masuk-masuk je .. Cikgu Farid suruh aku ajar budak tingkatan 2 Musytari buat Visual Basic .. Benda ni pun aku baru lepas belajar 3 bulan yang lepas .. So aku ingat-ingat lupa je .. Sambil Cikgu Farid ajar .. Aku dengan Hafiz tunjuklah jugak objek-objek yang terpapar di skrin projektor tu .. Kali pertama lah aku mengajar subjek ICT ni .. Aku kena lah jugak bahan dengan budak-budak tu .. Tapi aku relaks je .. Sebab aku jenis x kisah .. Cikgu Farid .. Bagi saya sekali lagi peluang untuk mengajar .. :D Boleh ????

Pexie :D We'll Save u

Besar Tapak Tangan :)

 11cm Panjang :D
Semalam Pelik(kucing Diyanah) bawak balik binatang lagi .. Hari tu kura-kura kan .. Kali ni Burung pulak .. Masa Pelik bawak je masuk burung tu dalam rumah .. Burung tu pun dah pengsan .. Diyanah letaklah dalam kotak .. Lepas kitaorang study .. Masing-masing pilih nama yang sesuai nak bagi kat burung tu .. Pexie .. Tu lah nama yang sesuai sekali .. Haha .. Sebab takut Pelik main-main dengan burung ni .. Aku pun cadang nak bawak balik burung ni .. Malam semalam aku letak dekat sarang burung yang direka khas untuk burung-burung kat sini .. Aku balik je dari sekolah tengok dah x ada .. Mungkin dia dah sembuh kot(mungkinlah) .. Apa-apa pun memang rasa senang sangat dapat menyelamatkan seekor burung dan bagi dia tempat tinggal .. Pahala banyak owhhhhh !!! :D

23/06/2011 :D

Hari ni .. Hari yang paling bahagia .. Kedua-dua pasangan penuh dengan senyuman .. Nak tahu kenapa ? Sebab hari ni merupakan anniversary ke 10 bulan aku dan Diyanah Azmi .. Pelbagai dugaan .. Rintangan .. halangan yang kami tempuhi bersama .. Menepis segala cerita yang kurang sedap didengari .. Aku sanggup bertahan kerana dia .. Sebab dia adalah inspirasi hidup aku .. Dia telah menunjukkan aku erti setia dalam diri .. Jujur dan ikhlas .. Begitu banyak kenangan manis dan pahit aku dan dia .. Aku berdoa pada tuhan .. Agar dipanjangkan lagi hubungan kami ni .. Amin :'D

143 Days To Go :(

Lagi 143 hari je lagi nak SPM .. Semalam aku dengan Diyanah telah mengambil langkah awal dalam persiapan peperiksaan yang besar tu .. Kami belajar Sejarah tingkatan 4 bab 3 .. Walaupun susah pada mulanya .. Kami cuba dan cuba .. Hafal bahagian yang susah untuk dihafal .. Buat latihan .. Objektif .. Subjektif dan Esei .. Alhamdulillah .. Kami buat dengan sempurna sekali .. Kami pun ada jugak buat plan belajar sama-sama 3 kali seminggu .. Sebab Diyanah dengan aku perlu cover lagi 3 matapelajaran elektif .. Macam Diyanah .. Dia ambik Science Stream .. Aku pulak ambik Akaun .. Masa tinggal sikit je untuk cover semua subject .. Harap-harap limpah kurnia dari Allah S.W.T dapat membantu kami dalam pelajaran serta membuka hati kami untuk menerima ilmu .. Amin :)

Wednesday, 22 June 2011

Sukantara Sekolah :D

Lepas melaui acara-acara petang tadi.. Aku rasa macam dah kurus balik .. Biasa lah dah lama x bersukan .. Tadi aku ambil bahagian dalam acara lontar peluru , lempar cakera dan lompat jauh .. Bukan aku seorang je .. Tapi semua ambik acara yang sama(dah acara tu je yang ada hari ni) haha .. Semua anak-anak buah aku hari ni penuh semangat dalam setiap acara .. Kecuali laki lah .. Sebab diorang aku tengok hari ni gedik semacam .. Menyampah .. Huh .. Rumah Dato' Bahaman(rumah sukan aku) menunjukkan tanda-tanda positif untuk bangkit dari kekalahan .. Aku rasa sukantara hari ni .. Markah rumah sukan aku yang paling tinggi .. Sebab peserta terlalu ramai hari ni berbanding dengan rumah-rumah sukan yang lain .. :D .. Harap diorang consistent untuk sampai ke hari kejohanan :D .. Salam

Hari Dialog :(

Hari ni tibalah hari yang paling mendebarkan .. Ibu bapa datang ke sekolah tengok keputusan anak-anak mereka dalam ujian pertengahan tahun lepas .. Lepas je pukul 11.30 .. Ibu bapa mula pergi ke kelas anak-anak mereka .. X ketinggalan juga kelas aku .. Mula-mula ayah Maria datang .. Aku tengok ok lah .. Bapak dia buat muka steady je .. Lepas tu .. Tiba giliran mak aku .. Aku pun dekatkanlah diri .. Teacher tunjuklah keputusan aku .. Ada 3 matapelajaran aku gagal .. Huhu .. Yang sejarah x lah teruk sangat .. Yang add math ni .. Teacher terlalu jujur bagi tahu mak aku yang aku x fokus dalam kelas .. Haa .. biar betul .. Huh .. Selama ni aku belajar dan dengar apa teacher ajar .. Mak aku pun buatlah muka .. Hmph .. Tersentaplah jugak pandang muka mak aku .. Lepas mak aku .. Bapak Ezyhan pulak .. Anak nya x datang sekolah .. Hantar wakil kot .. Haha .. Then mak Hafiz .. Pun kena jugak .. Adoi .. Kenapa lah jujur sangat teacher ni .. Puji lah sikit kelakuan anak kat sekolah ke .. Disiplin ke .. Huh .. X pe lah .. Aku ni pun nak bersiap pergi kokurikulum petang .. Chow :)

We Win :D


Pagi-pagi lagi aku dengan Hafiz masuk ke Bilik ICT .. Kitaorang fikir cikgu Farid ada hari ni .. Rupa-rupanya ada hal .. Mula aku dengan Hafiz main lah bola .. Tengok makin lama makin ramai kawan aku yang masuk .. Apa lagi .. Cadang ajak lawan Counter Strike lah .. Mula-mula ingatkan nak ajak lawan kat bilik pertama .. Cikgu Siva pulak nak guna bilik tu .. Gunalah bilik satu lagi .. Tunggu semua download dulu .. Then bermulalah perperangan .. Cina lawan melayu .. Cina diwakili .. Kui Hong .. Tai kwee wei dan Jaw jou .. Melayu .. Huh jangan cakaplah .. Semua star-star kot .. Aku , Hafiz dan Rahman .. Perlawanan memang sengit .. Tapi keputusannya .. Kitaorang lah menang .. Haha .. Memang best .. Harap boleh lah lain kali main .. Kan kan :)

5 Masa Berturut :P

Semalam lepas je waktu rehat .. Cikgu Zubaidah buat kelas Sains untuk 5 waktu sekali .. Perghhh .. Penat gila .. Dengar dia mengajar lagi .. Aku kat dalam lab tu dah lah cepat mengantuk .. Semalam nyaris-nyaris tertidur .. Nasib baik cikgu cepat kejutkan .. 2 masa pertama cikgu ajar tentang tajuk baru .. Then 2 masa seterusnya cikgu bagi kertas SPM tahun lepas .. Wey .. 40/40 bai betul .. Haha .. Hasil pertanyaan dari cikgu dan jugak rujuk kat buku .. Memang lah betul semua .. Lastly , aku dengan Hafiz guna komputer Lab main game .. Gangster x .. Haha .. Ok lah .. Salam :)

Monday, 20 June 2011

Adoi :P

Banyak nya kerja sekolah hari ni .. satu pun aku x sentuh lagi .. Aku rasa nak buat kat rumah diyanah lah lepas ni .. BI .. Matematik .. Akaun .. Add Math .. Perghhh !!! Nasib nasib .. semua kerja x boleh tahan .. kalau satu muka surat x pe lah jugak .. Ni semua atas 2 muka surat .. Macam mana tu .. Tadi teacher dah lah mood swing .. Ni gara-gara orang belakang lah ni .. Semua x tahu .. Tukar jadual pun x tahu .. Pe yang dia tahu .. Menfitnah .. Menipu .. Aih .. Aku dah melalut jauh ni .. Haha (malu-malu) .. X pe lah .. Aku nak settle kan dulu kerja sekolah ni .. Salam :D

Yeah :D


Semalam Malaysia bertandang ke Beirut untuk menentang pasukan tuan rumah iaitu , Lebanon .. Selepas 90 minit berlalu .. Malaysia mempunyai 4 peluang yang amat baik .. Tapi ketangkasan penjaga gol Lebanon menafikan semua percubaan .. Hari khamis ni .. Jangan lupa ramai-ramai datang ke Satdium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan timbal balik .. Comform lah .. Malaysia mesti layak ke pusingan kumpulan .. Chayokkkk !!

Ada Kerja Lain :(

Tadi cikgu Tan masuk .. Ingat kan hari ni ada belajar .. Rupa-rupanya dia bagi kerja kurusus .. Adoi .. Yang akaun pun x siap lagi .. Ini kan lagi kerja baru .. Cikgu bagi tempuh 3 minggu je .. Bila lah nak siap agaknya .. Hmm .. Kalau buat dengan Diyanah Azmi pun ok jugak kan .. Ada semangat sikit .. Haha(perasan) .. Kena buat pasal kek .. Aku tengok contoh tadi .. Memang boleh tahan lah .. Huhu .. Salam :D

Azab Hari Pertama Sekolah :(

Hari ni paling teruk sekali .. Semua kerja tergendala .. Tangan aku sakit gila .. Adoi .. Pagi ni patutnya aku kena baca ikrar .. Tapi dah tangan pun macam penyu .. Memang x kesampaian .. Huhu .. Hari ni aku tulis semua bukan atas meja .. Tapi atas peha .. tangan aku x boleh angkat tinggi-tinggi .. Memang seksa .. Kui Hong pulak genggam tangan aku ni tadi .. Memang nak menangis lah .. Tapi tahan je .. Tai kwee wei pulak campak nya buku kamus atas tangan aku tadi .. Arghhhhh !!! .. Sakit gila x ingat apa0apa dah .. Sampai sekarang sakitnya tapi dah kurang sikit kot .. Rahman suruh aku pergi hospital check .. Sebab kat klinik mesti diorang x cakap apa-apa punya .. Sampai di sini je .. Salam

Sunday, 19 June 2011

Go Harimau Malaya Go !!!

Semalam skuad bola sepak Malaysia dapat kalahkan Myanmar 2-0 .. Aku pasti skuad kebangsaan dapat menyaingi pasukan-pasukan asia yang hebat seperti Jepun .. Qatar ataupun Korea .. Tadi aku tengok game first half .. Malaysia bermain dengan hampa sekali .. Passing x kena .. Rembat melalut .. Aku harapkan perubahan pada separuh masa kedua ni .. Malaysia boleh :D

Family Day :D

Pagi tadi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PantaiSepang Putra buat Hari Keluarga dekat depan rumah aku .. Suasana nya memang meriah .. Start pukul 7 pagi tadi .. Dah ramai orang yang datang .. Aku tidur lagi masa tu .. Pukul 9 baru bangun .. Haha .. Banyaklah aktiviti-aktiviti yang dijalankan dekat situ .. Kupas buah epal .. Musang berjanggut .. Kerusi musikal .. Tiup belon .. Macam-macam lagi lah .. Aku tengok je .. Sebab kebanyakan nya budak-budak haha .. Kalau aku masuk .. Alamat jadi budak-budak lah aku .. Tetapi part yang paling best time penyampaian hadiah .. Nombor 1 dalam setiap kategori semua muka sama je .. Macam dah pupus pemenang-pemenang lain .. Aku harap KRT boelh teruskan aktivity macam ni tahun depan .. Lagi best kalau KRT buat lebih sikit acara untuk dewasa atau remaja .. Salam :D

Just 4 u :D


Im feeling so happy :)
Do u know why ?
Because im so lucky :D
Do u know how ?
Because Allah love me :)
Do u know how ?
Because he give a gift :D
Do u know what ?
Its u , My love :D\
Just 4 u ---> Diyanah Azmi (f&a)

Lagi Seram Brrrrrrr ....

Semalam Hafiz dengan rahman datang rumah aku buat kerja akaun .. Lepas je hafiz siapkan kerja dia .. Aku ajaklah diorang tengok cerita 'Paranormal Entity' .. Masing-masing dah letak bantal dekat muka dah .. Cerita ni berbeza sikit .. Dari awal sampailah ending cerita .. Semua kena kacau .. Aku cerita lah sikit jalan cerita dia .. Ketua keluarga family ni baru je meninggal setahun yang lepas .. Selepas 9 bulan .. Mak dalam cerita ni rindu dekat suami dia .. Dia pun buat lah permujaan roh .. Kononnya nak bersembang dengan suami dia lah .. Alih-alih roh lain yang sampai .. Roh jahat .. Anak perempuan ni .. Sam .. Dia memang seksi .. Malam tidur pakai (tut....) je .. Roh ni pun berkenan dengan dia .. Makin lama makin teruk roh ni kacau .. Sampai lah dia rasuk mak Sam sampai kelar tangan sendiri .. Akhir sekali diorang panggil ahli psychic .. Roh tu marah sebab ada orang yang cuba menghalang .. Semua mati kat dalam rumah tu .. Haha .. Aku rasa semua tidur mengigau malam  .. Salam ..

Kepulangan Kakak :D

Dah sebulan kakak tinggalkan rumah ni .. Semlama aku dengan baba aku ambik kakak aku dekat Kem Pelangi Resort .. Kem dia betul-betul hujung kampung .. Kakak aku di dewan makan menanti kedatangan kami .. Selepas menjemput kakak aku .. Kami pergi ambil seorang lagi kawan dia , Haiqal .. Haiqal pun dapat jugak PLKN .. Tapi dia belah lain lah .. Dia dekat Kuala Kubu Bharu .. Dalam kereta aku dengar je kakak aku dengan Haiqal bersembang .. Pasal makanan lah .. Grouplah .. aktiviti macam-macam lagilah .. Haiqal cakap PLKN best .. Tapi masalah nya .. Aku x nak botak .. haha .. Kantoi jugak yang aku ni memang benci botak .. Harap-harap x dapat lah kan .. Chow :D

Friday, 17 June 2011

Pendidikan Islam :)

Huhu .. Dah 5 tahun aku belajar pendidikan Islam di sekolah ni .. Tapi satu hukum tajwid pun aku x tahu lagi .. Tadi ustadzah aku .. Bagilah tip macammana nak jawab soalan tajwid .. Alhamdulillah .. Aku faham lah sikit-sikit .. Aku belajar Ikhfak Syafawi .. Idgham Syafawi dan Izhar syafawi .. :) dan satu lagi .. Aku dah faham dah macam mana nak tulis tulisan jawi .. Selalunya aku bebal sikit dalam bab ni .. Tapi hari ustadzah bagi tip ataupun formula 'kvk' .. Maksudnya konsonen , vokal , konsonan .. Dan juga letak suku kata dalam setiap perkataan tu .. Yey .. Akhirnya aku dah temu jawapan untuk skor dalam tulisan jawi .. Semoga aku dapat lebih fokus untuk belajar lebih mendalam lagi .. Termasuklah jugak tajwid :D

Tution :D

Yey .. Selepas 2 minggu aku holiday .. Kelas tembahan pun bermula .. Hari ini aku rasa dalam banyak kelas .. Kelas hari ini yang paling best .. Penuh dengan gelak tawa dan senyuman .. Namun dalam ramai-ramain tu .. seorang je yang paling muncung .. Haha .. (Tut .. Tut ..) nama dia x boleh tulis .. Nanti kena attack :P .. Fitri yang paling excited sekali .. entah kenapa .. Dia happy gila hari ni .. Birthday dia kot or dia happy belajar dengan kitaorang .. Sambil belajar .. Sambil aku makan kismis yang Diyanah bagi dekat aku .. Huh .. Rasa macam semua ilmu tu masuk terus dalam kepala otak aku ni .. :D(merepek je ) .. Duit tusyen bulan ni x bayar lagi .. Adoi .. Kena tunggu gaji bapak aku lagi .. :( .. sampai di sini saja cerita aku .. Salam :D

Our(Diyanah and I) new pet :D

Semalam Pelik(kucing diyanah ) bawak balik kura-kura .. X tau dari mana Pelik ni ambik .. Dengan persetujuan aku dan Diyanah .. kitaorang namakannya Figero :D .. Haha .. Ni gambar kura-kura tu ..

Diyanah Azmi :( Dont go ..

I love you for what you are,
but I love you yet more
for what you are going to be.
I love you not so much for your realities
as for your ideals.
I pray for your desires that they may be great,
rather than for your satisfactions,
which may be so hazardously little.
You are going forward toward
something great.
I am on the way with you,
and therefore I love you :(

Thursday, 16 June 2011

Semoga Allah Kuatkan Imanku :(

Ujian SPM semakin dekat .. Aku rasa lain sangat hari ni .. Macam ada yang menganggu jiwa aku .. Aku hanya mampu berdoa .. 'Ya Allah .. Ampunkan lah dosa hambamu ini .. Ampunkan lah dosa kedua ibu-bapa ku Ya Allah .. Ampunkan lah teman-teman ku Ya Allah .. Bukakan lah pintu hatiku .. Dekatkan lah hidayahmu .. Jauhkanlah muhsibahmu .. Dekatkanlah diriku dengan orang-orang yang beriman .. Terangkan lah hatiku ni Ya Allah .. Moga aku dapat belajar dengan tenang dan mudah .. Amin Amin Ya Rabbana Alamin :)

Kenangan :'D





                Sudah lama ku menunggu .. Akhirnya keluar jugak gambar-gambar pengawas SMK PSP yang mana aku tunggu selama 2 bulan :( .. Masa aku bukak di laman web Flickr .. Aku hampir menitiskan air mata apabila kenangkan kembali perkhemahan pengawas di Wirajaya , Hulu Langat .. Begitu banyak rintangan yang kami tempuhi dan ada yang suka dan duka .. Nak cerita banyak pon x boleh sebab mata pun dah kuyu ni :) .. Aku letak sikit lah gambar kat post ni .. :) .. Kalau nak tengok lebih lanjut di http://www.flickr.com//photos/62650065@N02/sets/72157626680707388/show/

Wednesday, 15 June 2011

Its Coming :)

Sukan tahunan sekolah kembali lagi .. Huih .. Tapi sayangnya aku kena tolak beberapa acara kesayangan aku .. Ni gara-gara pinggang belum pulih lagi .. Aku minat 4 acara(100m , 400m , lompat jauh dan juga 4x400m ) .. Tapi aku cuma boleh pilih 2 je .. Keputusan belum dibuat lagi .. Kita tunggu ok :) ..

Ujian Lisan BM :)

Hari ni Cikgu Suzlina , cikgu BM aku buat ujian lisan .. Dia dah pesan dah dari kelmarin suruh prepare hari ni .. Semalam masing-masing leka .. Sampai lupa hari ni ada lisan .. Menggelabah masing-masing .. Lepas je kelas ICT kitaorang pun pergi lah bilik Makmal Bahasa .. Sampai-sampai .. Rahman dah start dulu .. diikuti dengan Shazleena .. Then aku .. Dengan Spontannya aku usulkan tajuk Kawan Baik saya .. Aku ceritalah tentang kawan baik aku seorang ni .. Cikgu Su pun x putus-putus menanyakan soalan kat aku .. Semua rasa tenang selepas melalui detik-detik mendebarkan(padahal x ada pun ^^) ..

Last paper :)

Yes .. Akhirnya aku dah dapat semua keputusan PPT aku .. Kalau nak dibandingkan .. Ada yang meningkat dan ada yang menurun .. huhu .. hari ni aku dapat paper English dan Pendidikan islam .. Alhamdulillah .. Aku bebas dari kegagalan yang ke-4 .. ^^ .. Paper English aku dapat 58 markah dan paper Pendidikan islam aku dapat 68 markah .. Yang x boleh tahannya .. Dua-dua paper ni sama dengan hafiz .. Haih .. nak cakap meniru .. Kedudukan jauh-jauh .. Apa-apa pun aku rasa lega seketika dan semangat aku dah kembali untuk lebih berjaya selepas ini .. :) AMIN

Eating maggi mee with Her :)

Selepas penat study Add math selama satu jam .. Oleh sebab masing-masing x dinner .. Sudah tentu lah perut masing-masing lapar .. Dengan berbekal 3 bungkus mee maggi dan juga 3 biji telur .. Kami masak selama 15 minit .. Then sambil kami menikmati mee maggi nieyh .. Kami x ketinggalan menonton cerita The Red Riding Hood :) .. Im happy with her dan saya seronok dapat meluangkan masa dengan dia .. :)

Mood study dah Kembali :D

Yey .. Mood belajar aku dah kembali .. Hari ini subjek aku mulakan dengan Add math .. Disebabkan keputusan begitu tidak memuaskan di mata Mama aku .. Aku cuba memperbaiki sedikit demi sedikit .. Dan InsyaAllah .. sikit-sikit , lama-lama jadi bukit ya x .. So CHAYOK CHAYOK :)

Tuesday, 14 June 2011

Seram tak Paranormal :/

Haha .. Seram bak kata Hafiz .. Wa sudah bilang sama lu Mat .. Memang pada mulanya boring sikit lah .. Tapi bila dah sampai night18 .. Ambil korang .. Then melarat-larat sampai ke habis cerita tu .. Yang korang jangan set dalam mind korang pulak .. Nanti malam mengigau .. hee^^ .. Apa-apa pun .. Jangan biarkan handphone anda diselubungi misscall :)

Hari ke 2 keputusan PPT

ADOI !!!!! Semalam keputusan yang begitu memberangsangkan .. Hari ni ... (tut .. tut .. tut .. ) begitu mengecewakan .. Huh .. Bayangkan kalau dua-dua jertas aku dapat BAWAH 30 MARKAH .. Banyak betul careless yang aku buat .. Tapi Alhamdulillah dan bersyukur jugak lah .. Setakat nieyh aku just failed 3 kertas (akaun , sejarah , add math ) .. Masa ambil keputusan sejarah tadi .. Semua dah cuak Pengetua mesti bising .. Tapi pengetua nampaknya memahami kot (kot-lah) .. Dia dengan relaxnya bagi kertas soalan dan jawapan dan juga membincangkan kesalahan-kesalahan yang telah kami(5Zuhal)  lakukan .. Hmmmm .. Walaupun muka dia garang .. Tapi dia ada taman MA !!!! Dia bagi peluang kami untuk lebih menonjol di peperiksaan percubaan .. Semoga berkat dan doa Puan Pengetua akan mendorong kami untuk memperolehi kejayaan .. AMIN :) 

Keputusan Sudah Keluar !!!!

Alhamdulillah .. keputusan aku hari niey begitu membanggakan .. walaupun masih sedar di tahap yang lemah .. tapi aku akan cuba untuk berjuang hingga ke SPM dan mendapat grade A+ .. yeah .. dan begitu membanggakan lagi dapat menewaskan sundal bolong(jiran belakang rumah aku) dengan berjaya sekali .. hee^^ .. tapi esok Sejarah dan Akaun seyh .. macam mana ?? tungu~~~~

Afundi Masuk

Selepas 2 bulan tersingkir .. Akhirnya aku diserap kembali dari ops gugur untuk mempersembahkan cerita-cerita yang menarik dan sesuai untuk tontonan umum :P .. haish .. apa lah aku merepek nieyh .. apa-apa pun .. jumpa di lain cerita .. chow :)